Maturity

Maturity is when somebody hurts you and you try understand their situation instead of trying to hurt them back.

Biarlah orang nak buat kita, kita lagi matang tahu fikir nak buat apa.
Tak bodoh pun bila doa minta hapuskan rasa dendam dan rasa benci.

Kau akan bebas terbang ke langit.
Biar mereka dari bawah memuja kau.

I just want to get out from here.

Kenapa suka tapi tindakan tidak suka?

Aku suka hujan.
Hujan itu rezeki, 
Rezeki untuk bumi, 
Rezeki untuk ahli-ahli bumi.
Aku tahu bila hujan nak turun, 
aku tahu bila hujan hanya singgah.

Aku suka hijau.
Tapi sekeliling aku tiada hijau, 
hanya laptop pink, note pink, pensil case kuning,
tetapi alam semula jadi di luar jendela yang sudah memenuhi mata.

Aku hanya mahu baring atas rumput yang hijau, 
menghidu bau hijau membasahi bumi yang semakin tua,
memandang langit malam yang penuh dengan bintang.

Tangan menari mengikut irama lagu "I'm not gonna teach your boyfriend" by Black Kids. 



Jane kembali.

Masih ingat lagi malam terakhir kita berjumpa,
kau menangis.

Mata kau berair, kau cuba tahan.
Jari jemari kau bersilang seli dengan jari jemari aku.
Aku bilang dekat kau,
"Satu tahun tu kejap je, pejam celik pejam celik"
Dalam masa sama aku menyedapkan hati sendiri.

Sekarang sudah tiga tahun berlalu sejak malam itu.


-Jane 2016-

Get set, go!

Lagu Closer oleh Tegan & Sara akustik dibiarkan pasang berulang kali. Kaki dipeluk menghadap rapat ke dinding, memandang dinding hijau kosong. Aku mengoncangkan kepala mengikut rentak muzik, dalam masa sama mengoncangkan otak hati jantung, sedarlah!

Diam lebih baik daripada menyalak macam anjing.
Diam.

Lapangkan dada,
Matangkan minda,
Luaskan fikiran,
Tinggikan kesabaran,
Persetankan semuanya.

Mari kita bermaharaja lela dalam dunia kita, berbahagia dalam mimpi kita.
Raikan cinta sekeliling kita!

Bersama.

Pandang ke atas.

Tarik nafas.

Kita hirup udara yang sama, bau hujan yang sama, berkongsi langit yang sama.

I'm too tired. Come, and hug me from behind.

Saya suka awak macam saya jaga gelang saya.

Saya suka awak macam saya jaga gelang saya.

Saya sentiasa nak bersama awak macam saya sentiasa pakai gelang saya.

Saya selesa dengan awak macam saya selesa pakai gelang di tangan kanan.

Saya terpaksa tinggal awak macam saya terpaksa tanggal gelang saya masa mandi.

Saya terlukakan perasaan awak macam saya terjatuhkan gelang saya dalam sinki.

Saya susah senang bersama awak macam saya tetap memakai gelang di tangan kanan semasa menulis.




Cerita Seketika

Dengan perlahan kaki aku bersilang ke atm mesin dengan niat untuk menambah nilai. Aku mengambil jalan distance walaupun ada jalan displacement. Aku perlu masa untuk berfikir, ia benar atau tidak apa yang aku akan buat sebentar lagi. Orang sekeliling aku hiraukan, aku pandang ke bawah, pandang kaki aku. Aku persoalkan, mampukah aku berdiri dengan kaki sendiri seperti sedia kala.

Tak sampai satu minit, aku menerima mesej no telefon aku berjaya ditambah nilai. Aku menekan pause lagu yang sedang dipasangkan mp3 usang pemberian dia, Mew by Comforting Sounds dan menarik earphone di telinga. Mendail no telefon Adam, angkat tapi tidak bersuara dan end call tiba-tiba. Aku mendail lagi, kali ini tidak diangkat. Langkah perjalanan pulang aku semakin laju, aku berhenti seketika. Aku duduk di kerusi kayu yang rapuh dan lancarkan nafas aku. Tangan aku menggeletar, aku menaip, aku melepaskan dia. Dengan nafas panjang, aku menekan send.


1 new message terpapar di skrin. Maxis kata no telefon dia dah lama mati. Ya, seperti tuan punya no telefon juga sudah mati.

Perempuan Simpanan (part II)

Kau ratah jiwa dia,
Kau ratah semangat dia.
Kau ratah kemanisan dia.
Kau ratah kepercayaan dia.


Dengan janji,
kau akan membalas dengan memberi cinta dari syurga kepada dia.

Tapi, setiap malam dia menunggu,

menunggu cinta.

Cinta.

Atau.

Simpati.


Celaka.

Semoga kau tabah, perempuan simpanan.