Take it off now girl

Aku baring di atas padang yang luas menghijau. Angin yang kencang membuatkan daun-daun kering menari di sekeliling aku. Cahaya matahari menembusi awan, sangat cantik. Aku lega. Sejak kesan sampingan kimoterapi meratah semangat aku untuk hidup. Jadi aku matikan jalan aku. Aku masih ingat pada hari jadi Kalisa tepat pada jam setengah sebelas malam, aku mati. Aku hembuskan nafas yang terakhir ditemani sampah sarap. Dan sekarang aku menulis sebagai roh. Roh sesat..

Tajuk : Sweet Darlin' Di Petronas #TLteews by Cik Silasa Tuturloka

"Hai, selamat datang ke Petronas!" Kata sorang makwe cashier. Aku rider pizza hut, ni kali ke-8 aku datang isi minyak.

Makwe cashier ni tau cakap selamat datang & tanya pam nombor berapa. Tak pernah dia nak buka mulut tanya nama aku apa.


Tiap kali pandang muka dia, rasa nak minta nombor telefon. Tapi tiap kali pandang muka dia jugak la tak jadi nak minta.


"Awak, awak, pls mintak nombor fon saya, pls!" Cakap makwe cashier dalam hati, tertunduk, tak terpandang muka mamat tu.


Dan setiap hari benda tu berulang, perasaan; suka, janggal, dan something 'aneh' yang diorang sendiri tak tau.


Tamat : Sweet Darlin' Di Petronas

Cinta dalam cermin.

Kisah Jane.

Sedang turun tangga, Jane mendongak ke atas dan memandang cermin yang kebiasaantergantung di atas dinding.

Oh, Jack sedang memerhati Jane melalui pantulan cermin,

Jane tersenyum, Jack sedikit teragak kerana malu pun membalas senyuman Jane.

Mata bertemu mata, hati ke hati, dalam pantulan cermin itu.

Jane terjatuh hati, 
atas senyuman Jack yang dipantulkan oleh cermin.


Adm..

Mata dia automatik dikecilkan apabila tersenyum dan dinampakkan giginya yang tersusun rapi sambil memandang aku. Lagi malu aku menunduk ke bawah, lagi suka dia memandang muka malu aku. Manis sangat muka dia sampai rasa nak simbah asid.


Perempuan simpanan.

Perempuan simpanan itu juga kau cari bila kau gadoh dengan teman wanita kau.

Perempuan simpanan itu juga kau tempat luahkan perasaan.

Perempuan simpanan itu juga yang tolong kau.

Perempuan simpanan itu kawan kau juga...

Jaga dia elok-elok.

Es Pi Em.

Tak terdetik setitik pun dekat hati kau nak cari Jenny? tanya Danial.

Tak.

Es.

Pi.

Em.

Jenny oh Jenny.

Dup dap dup dup dap dup dap.

Degupan Jenny makin tak teratur. Degupan jantung dia makin laju. Makin lama, makin rancak dada dia turun naik. Makin aku laju, nafas dia lagi tercungap-cungap.

Kau umpama perempuan yang memakai gelang kaki berlonceng, bertujuan menarik perhatian lelaki. Iaitu, pelacur.

Jenny, kau perempuan yang ke berapa juta pun tidak aku tahu. Aku minta maaf.
Kau bukan perempuan yang aku cari.